
Kengkawan perasan tak yg Kirana baru je menjenguk blog ni pda hari ini? Lama kan, kan. kan?
Sbb akhir2 nih Kirana mgalami sakit kepala yg teramat sgt. Dulu doktor kata otak Kirana tak cukup oksigen. Kali nih ntah hapa-hapa pulak!
Pada 3 April, Kirana mengalami sakit kepala yg teramat sgt shingga rasa tegang pada tengkuk dan bahu. So, Kirana pegi klinik Normah dan mintak MC laa... Pastu ok dah skit. Pada 10 April plak, Kirana sakit kepala sekali lagi tapi tak pegi klinik pulak sebab dah myampah sgt. Lagipun cuti panjang, Kirana boleh rehat2 je kat rumah.
Pada 15 April, sedang Kirana sibuk wat keje tiba2 Kirana berpeluh2 sakan. Rasa hampir2 nak pitam. So bos pun soh le pegi klinik. "Klinik lagi.....," myampahnya Kirana lagi. Sesampai ke klinik Normah, doktor check. Doktor kata darah naik skit. Pastu wat blood test. Doktor soh dtg esok harinya utk wat x-ray.
16 April pegi klinik lagi, wat x-ray, check air kencing dan macam2 ada...macam ASTRO plak. Dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 5.00 petang, hidup Kirana kat klinik jerrr... Kirana wat macam rumah sendiri pulak. Pegi cafeteria, makan2... pastu duduk kat sofa, rilek2 sambil baca newspaper. Dah tu sembang2 dgn semua org yg ada masa terluang mcm Kirana di klinik tu, dari pesakit sampai ke jururawat.
Finally, doktor kata Kirana kene admit kat hospital utk tujuan pemantauan. Amboiiii.... nak memantau sakit Kirana ke nak memantau duit Kirana. Tapi takpe la jgak. Kirana on je... satu malam di Hospital Normah. Malangnya takde bilik 1 bed sbb dah full. Bilik 2 bed je ada.. Kirana demand jgak mintak bilik 1 bed... tapi tetap takde vacancy.
So, Kirana kongsi le dgn seorang nyonya nih yg dijaga oleh pembantu rumah anaknya. Mmg sungguh tak berbaloi Kirana mghabiskan duit semalam kat hospital tu sbb tak leh tido. Si nyonya nih asyik meraung2 je semalaman. "Hayaa..... rasa mau mati lo.....," kata si nyonya tuh. Adehhh... kalo betul2 le si nyonya tu mati malam tu jgak, seumur idup Kirana akan rasa myesal kerana berada di bilik tu. Teringat kat iklan citer 'Jangan tegur'. Kirana pun diam2 je la, tak nak masuk campur hal-ehwal diorang.
The next morning (hari ni), Kirana bagi tau doktor yg Kirana nak balik. Kirana nak rehat kat umah je. Tak pasal2 Kirana leh sakit jantung dan KO kat bilik tu. "OK la... tapi kalau u masih tak OK, u kene dtg lagi. Nanti I bagi appointment date utk u," kata doktor. "OK jee.....," kata Kirana tak sabar2 nak keluar dari hospital tu.
Tapi Kirana takde la sakit yg kronik. Doktor kata Kirana mengalami hypertension di mana denyutan nadi Kirana berdenyut begitu laju dan sekaligus menaikkan sikit tekanan darah Kirana. Adoiiiiii...ingatkan Kirana ada brain tumor ke aper! Petang nih, Kirana dah OK dah. Kirana teringin nak makan ayam KFC pulak. So.... Kirana chow dulu yerr... nak gi KFC! Nanti sembang2 lagi.