
Kirana tak sihat sejak hari Ahad yg lepas. Batuk sikit2 je. Makan je ubat batuk yg ada kat umah. Hari Isnin mula sakit dada.... nak sorak kn 'merdeka' pun tak mampu. Rehat je kat umah. Hari Selasa semakin sakit dn batuk2 yg kerap. Kirana dh imagine dh muka 'si bulat gempal'. So Kirana pn cepat2 pegi klinik. Doktor kata bukan H1N1. Fuhhhhhh.... legaaaaa!
"Ni tanda2 nak gastrik ni. Sakit naik ke dada dulu." kata doktor mcm tau2 je. "Issshhhh... gatal la pulak penyakit nih. Leh ke naik ke dada dulu? Chissss..."
Pastu doktor bagi ubat2 dan SICK LEAVE utk hari Rabu. Lepas buka puasa baru makan ubat. Adoiiii.... doktor ni nak mgubat ke mbunuh? Beberapa jam lepas makan ubat gastrik, maka timbul lah rasa tajam dan panas pada ulu hati. Makan ubat batuk bagi tido.
Bila bangun sahur, the first thing... Kirana muntah. Lepas sahur pun muntah lagi sekali. Pukul 8 pagi, muntah utk kali ke 3. Dung...dung...dung! Pecah la puasa yg cuba dipertahankan dari sahur tadi. Terus makan ubat dan makan2 ape yg patut. Maklum la dh pecah puasa!!! Isshhhhh... bila lak nak ganti nanti.
Tapi penangan ubat tu, Kirana dah OK. Sambung balik puasa hari ni. Alhamdullillah...