Wednesday, April 22, 2009

BOMOH...OH BOMOH!

Beberapa bulan yg lepas, Kirana temankan cousin gi jumpa bomoh. Sesampai je kat rumah si bomoh nih, cousin Kirana nih pun citer la masalah2 dia. So, si bomoh nih terus la jampi serapah...ntah ape2 pun! Finally...dia kata cousin Kirana ni terkena buatan orang. Bukan sengaja dikenakan...terkene je! Jadi si bomoh nih pun buat la air penawar utk cousin Kirana nih.

Yg Kirana pulak...bukannya jenis org yg percaya sgt dgn bomoh2 nih. Sbb bomoh2 nih ramai jgak yg auta. Tapi disbbkan Kirana nih org yg mmg penyibuk sikit, Kirana pun nak jgak try test le si bomoh. So...Kirana wat2 le citer yg Kirana nih slalu mimpi ngeri. Contohnye, kene kejar harimau, kene belit ular dan pastu badan berulat. Si bomoh nih tadi geleng2 kepala bila dengar citer Kirana yg maha dahsyat nih.

Pastu dia pun amik le kertas kosong. Dia tanya nama penuh dan tarikh lahir. Dia pun tulis le kat kertas tadi. Dia buat kira2 tahap matematik tambahan tuh! Guna kalkulator plak. Pastu dia kata Kirana kene buatan org. Org kat tempat keje sbb org nih jeles kat Kirana. Pastu kene buat sesama sendiri jgak...kira cousin la! Sekarang ni Kirana teruk sbb cousin Kirana nih dah bergabung tenaga dgn ofismate Kirana tadi. Diorang sama2 nak kerjakan Kirana sampai mati.

Kirana pun tfikir jgak. "Cousin Kirana dah upah ofismate Kirana utk kerjakan Kirana!" fikir Kirana dgn konpius teramat sgt. Bile lak masanya cousin Kirana nih kenal ngan ofismate Kirana. Mcm ada yg kene, kan?

Tapi Kirana tanya la apa yg bomoh ni akan bagi Kirana. So si bomoh ni kata dia akan bagi Kirana tangkal, 3 tangkal. 1 utk diikat kat pinggang Kirana, utk jaga diri la. 1 utk diletak dlm bilik tido Kirana. Dan 1 lagi kat pintu utama rumah Kirana. Bila ditanya berapa ongkosnya... RM750.00 (RM250 satu tangkal). Rasa nak tersembur air liur Kirana mdengar ongkos tangkal tuh. Kirana kata takde duit. Dia kata bleh amik dulu. Bayar ansur2.

Sbb Kirana ni org yg sungguh muhibbah dan tak nak kecik kan ati org, Kirana amik le dulu. Kirana bagi RM100.00 buat deposit. Tapi pastu Kirana sengaja tak gi anta ansuran selebihnya...sbb tujuan Kirana mmg nak try test je. Beberapa minggu kemudian, si bomoh ni telepon la tanya ttg balance yg blom bayar. Kirana kata takde duit dulu sbb ada hal urgent. 2 minggu yg lepas si bomoh ni telepon lagi, so Kirana pun pegi la rumah dia. Kirana bincang2 kat dia mintak diskaun sbb mmg Kirana takde duit nak bayar RM650.00. Kirana kata kalo tak dpt Kirana bagi balik le semua tangkal2 tuh!

"Ehhh....takyah gi balik tangkal tu. Kalo awak ada RM100.00 sekarang nih pun bleh jgak lah. Sori la sbb letak harga yg tingga sgt kat awak. Saya ingatkan awak ni berduit. Nmpak cam org loaded je! Sori ye...saya tipu awak!" INI LA DIALOG SI BOMOH TUH! RASA MCM NAK PENGSAN KIRANA DENGAR.

Korang tau la kan bomoh ape jenis nih! Sbb tulah Kirana tak penah nak percaya dgn bomoh2 nih.

24 comments:

Ida Athanazir said...

sialan punya bomoh!! nyusah orang! dek, bawak byk sembahyang, yang jin jin & iblis insyaAllah takkan ganggu....

dcrysz said...

kasik cekik sama itu bomoh...
kekekeke

pulasperut said...

hahaha! yg kirana g bagi deposit 100 buat ape kalo dah rs die tuh temberang? baik buat blanje aku minum lg ade faedah. heheh..

Mak Su said...

huh! menyampah ler kan.... giler tamak.

erolnukman said...

hahaha...mangkok tingkat punya bomoh..

DatinDiaries said...

heheehee....

Shifu67 said...

hahaha... ni bomoh amik idea citer pramlee la tu....

'heyyy... wahai mambang, tolong stanby, rezeki kita sudah sampai, aku hulur engkau capai....

hahaha

alif-mikail said...

peh! untung tipu orang rupenye.. hahaa

adibah said...

hahahaha.. siap boleh bayar ansuran tu yang lawak tu.. nasib baik tak ada terms "money back guarantee" ekekekeke

alang said...

hehehe. Aduhai kirana. Tu la, lain kali pakai ler selekeh skit. Baru bomoh tu bleh bagi diskaun lebih. Takpun buat kad ahli ke kat bomoh tu. Nak lagi untung, kirana deal ngn bomoh tu, satu pelanggan kirana bawak dapat 40 percent. Perghhh, kaya tu.hehe.
p/s actuly pernah terkena gak pasal2 benda ni, orang tuduh saya sengaja bomohkan anak dia. Adeiiii, bomoh pun saya tak pernah g jumpa, apatah lagi nak bomohkan anak dia. Orang Melayuuuu. hehee.

kirana said...

Orang tua pesan, kalo bomoh ni mintak bayaran memang sah tu bomoh auta. Sebab bomoh yang original tak demand berapa kos kita kene bayar. Kita cuma bagi secara iklhas je berapa kita nak bagi. Sometimes bomoh cuma mintak kain putih ke, jarum or pisau pena ke. Kalo dah main letak harga tu, bomoh tipu le nama nya.

MAMI_FARIS..... said...

susah nk cayak ngan dak bomoh kinek tk... kita migran d padah kenak polah... bgs gik g clinic... hehehe

Ivy Metaga said...

hehehe..skrg susa mo percaya ngan bomoh2 koh..try elak kan saja...

kirana said...

Jawapan standard para bomoh:
1. kene buatan org
2. kene gangguan iblis
3. limpasan
4. ada org jeles

amrie said...

salam perkenalan..
semangat baca cerita nie..ada part best n tak best..tak best dulu..
yang tak bestnya, kenapala kirana g bayar RM100.00 kat bomoh 2 n pas 2 bleh lak g bayar lagi...
yang bestnya bomoh 2 ngaku lak dia tipu kirana..hehe..

Edrynna said...

Berhati-hatilah bila berhadapan dengan perangai bomoh-bomoh yg siap letak harga macam ni. banyak yang main cilok je.. auta lebih.

LaDy NaS said...

bomoh ngenjen namanya...! aku, mun bomoh main letak harga camya sik ku cayak..aku cayak dukun2 yang makey ayat quran ngan kos FREE jak..ekekekek! salam perkenalan.

LUKISAN PENA said...

autalogy + duitrealistik X jin2 & jembalang = bomoh a.k.a. dukun a.k.a. tabib (yang otaknya/joystick dicontrol syaiton musuh yang nyat)

kesimpulan: "jangan dicoba untuk mencoba, nanti akan dijadikan bahan untuk dicoba-coba"

salam kenal..kirana perlu menjawab dialog bomoh tue dengan membakar jer peraduannya dengan jembalang2 yang bergayut2 kat kepala dia tuh..

balisugar said...

Mampir saja, mengerti sedikit sekali bahasa Malaysia, sepertinya cerita tentang orang kena tipu yah ?

aKu NaKaL said...

erm.. kelakar pun ada gak..
tapi apepun mende2 ni kene percaya gak.. 1stly aku pernah nmpak mende ni betul2 terjadi dkt kwn baik aku sendiri..

dalam masa nk berubat tu ada gak pi bermcam2 tempat.. tp fully byk yg tipu dan hanya nk kan duit..

pada pendapat aku, mende2 buatan orang ni kt kene percaya kewujudannya.. apepun ubatnya hanyalah dgn usaha dan berdoa kepadaNYA..

berjumpa dgn org yang selayaknya kenalah tgk pada tempatnya.. penggunaan yang terbaik adalah dgn bacaan ayat2 alquran dan air zam2 serta tidak mengenakan duit yang terlampau tinggi dan selaras dgn menda2 yang diperlukan.. selalunya mereka tak mengenakan bayaran..

huhu pepun wallah hu alam..

nway kirana.. thanks 4 visiting my blog.. x)~

~0~ said...

memang bomoh tembelang tue

kirana said...

Ida n dcrysz,
Mmg bomoh tipu tu tapi nak cekik tu fikir 2 kali dulu yerr...

Pulasperut,
Kirana saje nak test jerr... Bagi RM100 tu bagi nmpak real skit.

Maksu,
Kirana pun myampah jgak.

Erol,
Ya mangkuk ayun bertingkat namanya

Datin,
Salam.....

Shifu,
Bomoh nombor tu sbb dia main nmbor

Alif,
Bomoh byk yg tipu, tapi org kita lagi ramai yg kene tipu

Adibah,
Nang lawak, bomoh bayar ansur2 namanya

Alang,
Kirana balik keje time tu, tak smpat nak tuko baju selekeh2

Mami n Ivy,
Nang menar...asal sakit jak kenak polah urang or kenak limpasan.

Amrie n Edrynna,
Salam...Kirana tak sure Kirana yg dh cilok dia ke, dia yg dh bjaya cilok Kirana.

LadyNas,
Cute nar juak ktk...kuci..kuci...kuci. Salam...

LukisanPena,
Malas Kirana nak layan bab bomoh2 nih. Auta lebih...

Balisugar,
Salam kenal. Belajar2 tak apa. Dtg lagi ya!

AkuNakal,
Gangguan iblis dan syaitan mmg sure ader tapi yg tbaik adlah DOA.

-O-,
Bomoh tembelang mmg kenekan byaran tinggi..

mambo's Blog said...

kirana mo BOMOH lagi tak,,hehehee aq ada satu bomoh niii

kirana said...

Mambo,
Kirana dah serik laa... Bomoh bukan dpt tolong pun...menyusahkan lagi ader laaa...