Tengah hari tadi Kirana terlihat sepucuk surat bersampul kuning tanpa nama dan alamat di atas meja rehat ofis. So, sudah mjadi tgungjawab Kirana utk mbaca dan mjawap setiap surat-myurat yg sampai ke ofis. Bila dibuka, ternyata surat itu tidak berformat langsung. Dan isinya... mengandungi keluh-kesah, perasaan tidak puashati, marah dan sinis penulisnya.
Ntah siapa kah penulisnya? Yg pastinya penulis surat itu adalah org kita, kerana terdapatnya perkataan 'dosa', 'pahala', 'halal', 'haram' dan 'Allah'. Penulis myatakan betapa beliau tidak berpuashati dgn 2 kenaikan pangkat yg berlaku di ofis baru2 ini. Menurutnya lagi, sepatutnya pangkat itu milik org yg lebih veteran dan utk org yg betul2 bekerja.
Tetapi sebaliknya, org yg dpt kenaikan pangkat adalah org yg pandai mengampu bos, org yg rajin keluar masuk ofis bos, org yg selalu disuruh oleh bos buat kerja, org yg rajin melapor akan tugasannya kpd bos. Pendek kata, org yg kaki ampu dan kaki bodek lah.
Kirana tertanya2... siapa yg dimaksudkan sbagai kaki ampu dan kaki bodek nih? Kirana tau la Kirana pun kaki bodek bos jugak, tapi Kirana dah dapat kenaikan pangkat 3 tahun yg lepas. Kirana pun bawak la surat tu jalan2 mengelilingi sekitar ofis dan memerhati akan setiap wajah ofismate Kirana. Semuanya wat derk jerr! Takde pun nampak mcm nak kondem Kirana.
Entah siapa punya angkara, yg pastinya Kirana akan terus menyiasat. Akan Kirana cari walau sampai ke lubang cacing sekalipun! AWAS KAU, LABUUUUU.....!
3 comments:
salam..
kirana.
orang yg menghantar surat layang, selalunya orang yang tidak bertanggungjawab..( mengapa perlu surat layang kelau dakwaan dalam surat tu betul kan..)
apapun.. kirana nak siasat tu langakah yg bijak..
Memang bijak...sebab Kirana ni pong memang bijak!
salam kirana,
ape isi surat tu? share ler... (kepochi plak kakyong ni)!!
Post a Comment