Semenjak Kirana berblog ni, Kirana tak penah2 lagi mjenguk e-mail Kirana. So malam tadi, Kirana ambik masa berjam2 utk mbaca kesemua e-mail yg ada. Hampir 1000 e-mail yg belum di baca lagi. Mana yg tak important sgt (mcm newsletter tu) Kirana delete je. Takde masa nak baca.
Yg menarik perhatian Kirana ialah e-mail ni yg Kirana dpt tahun lepas. So... sempena Hari Ibu yg mulia ini, Kirana mempersembahkan......
LAPAN PEMBOHONGAN IBU (CERITA SEORANG ANAK)
1. Aku lahir di dlm keluarga yg miskin. Kami selalu kekurangan makanan. Setiap kali ibu myuapkan nasi ke mulut ku, dia akan berkata, "makanlah kenyang2 nak, ibu tidak lapar".
2. Suatu hari ibu keluar memancing ikan demi utk mberi ku makanan yg bkhasiat utk pembesaran. Ikan yg diperolehinya di masak sup ikan utk mnaikkan selera makan ku. Ibu duduk di sebelah ku semasa myuapkan ku. Setelah ibu myuapkan ikan kpd ku, ibu akan makan selebih daging ikan yg masih melekat di tulang ikan tersebut. Aku kasihan mlihat ibu, lalu aku cuba suapkan daging ikan ke dlm mulutnya. Lalu ibu berkata, "makan lah nak, ibu tak suka makan ikan".
3. Selepas mghantar ku ke sekolah, ibu akan pergi ke sebuah kedai runcit utk mgambil upah melipat kotak mancis bagi kedai tersebut. Selebihnya ibu akan bawa balik ke rumah utk dipersiapkan. Bila aku tjaga dari tidur aku meminta agar ibu tidur kerana hari telah lewat. Dan ibu pun mjawab, "tidur lah nak, ibu tidak mgantuk".
4. Bila hari terakhir peperiksaan ku, ibu telah meminta cuti dari bekerja hanya semata2 hendak menemani ku. Ibu akan menunggu ku di luar kawasan sekolah selama berjam2 di bawah panas terik sehingga bermandikan peluh. Sebaik sahaja aku keluar dari kelas, ibu akan cepat2 menuangkan segelas air teh yg dibawanya dari rumah. Sambil aku minum, aku mlihat ibu ku mgelap peluhnya. Dan aku pun mghulurkan gelas air teh kpd ibu. Ibuku bkata,"minum lah nak, ibu tidak haus".
5. Bila ayah meninggal dunia, ibu ku tpaksa mjalankan semua tugasan seharian. Saudara-mara dan jiran ku kasihan mlihat kepayahan ibu dan mnasihatkan agar ibu kahwin semula agar ada yg mbantu myara hidup kami. Namun ibu mjawab dgn senyuman, "aku tak perlukan cinta".
6. Aku tamat pengajian ku dan mdapat kerja yg baik di bandar. Aku meminta agar ibu bhenti kerja dan mengikut ku tinggal di bandar. Tapi ibu menolak permintaanku. Jadi, setiap bulan aku akan mengirim wang utk perbelanjaan ibu di kampung. Namun wang tsebut telah ibu hantar balik kpd ku dan dlm suratnya ditulis, "ibu cukup duit, nak".
7. Aku mlanjutkan pelajaran ku atas tajaan sebuah syarikat ternama ke luar negara. Setelah aku tamat pengajian ku, syarikat itu terus menawarkan satu jawatan yg tinggi dan bpendapatan besar di luar negara itu. Aku terus mgajak ibu pergi bsamaku. Namun ibu menolak,"kau pergi lah nak, ibu tak biasa dgn kehidupan di bandar besar".
8. Ibu semakin tua dan pada suatu hari ibu terlantar di hospital kerana mghidap pyakit kanser. Aku terus pulang utk mlawat ibuku. Ibu tlantar lemah di katil selepas mlalui satu pmbedahan. Aku pandang ibuku yg terlalu lemah dan kurus sambil airmataku blinangan. Hatiku hancur mlihat keadaan ibu. Namun ibu cuba tsenyum dan berkata, "jgn menangis sayang, ibu tidak sakit".
Sebaik sahaja ibu mlafazkan kata2 itu, ibu ku menutup matanya buat selama-lamanya.
Kirana teramat sedih mbaca e-mail ini sehingga Kirana menitiskan airmata. Kirana berharap agar semua kita menyayangi ibu kita dan mberi sepenuh perhatian kpd keperluan mereka selagi mereka ada di sisi kita.
Kepada semua ibu di dunia ini, terutamanya ibu Kirana... SELAMAT HARI IBU. KAULAH YG TERISTIMEWA....