Tuesday, May 26, 2009

PERCAYA APA DAN SIAPA???







Manusia adalah makhluk Tuhan yg paling mudah bprasangka sehinggakan begitu sulit utk mpercayai antara satu sama lain.

Tetapi heran, kan? Bagaimana begitu ramai sekali org yg amat mempercayai makhluk ghaib yg mereka tdk dpt lihat rupa atau ketahui asal-usulnya? Ataupun mgkin mereka dpt melihatnya atas bantuan makhluk itu sendiri atas tujuan tertentu iaitu utk memperdaya. Bukankah iblis dan syaitan telah bersumpah akan berusaha utk memperdayakan manusia?

Malah ada diantara kita yg sanggup menuruti serta taat kpd makhluk itu atau mengagung-agungkannya dan menganggap itulah ‘kawan’ mereka. Sedangkan bila sesama manusia yang nampak jelas dan dpt dilihatnya begitu sulit sekali untuk saling mpercayai dan berbaik2. Semakin terserlahlah kpercayaan mereka sekiranya mereka merasakan yg mereka dapat melihat serta berkomunikasi dgn makhluk tersebut.

Persoalan yg sering Kirana ingin tahu adalah setakat manakah makhluk yg djadikan ‘kawan’ ini mbantu dlm kehidupan mereka? Adakah hidup mereka selamat dari segala gangguan dan bahaya yg nyata ataupun tidak kerana adanya ‘kawan’ ini? Ataupun yg sebenarnya makhluk ini lah yg mjemput masalah dlm kehidupan mereka? Berapa ramaikah org yg ada ‘kawan’ seperti ini yg hidupnya bahagia, tenang, aman dan senang?

Percaya atau tidak, bukan isunya sbb setiap makhluk yg ada (nyata atau tidak) adalah dari kuasa Tuhan. Kirana percaya akan kekuasaan Tuhan yg mampu mcipta apa saja jenis makhluk. Dan Kirana juga percaya bahawa Tuhan mahu kita guna akal fikiran yg dikurniakanNYA kpd kita agar hidup kita bebas dari bahaya yg kita sendiri tempah. Jadi, biarlah kita utamakan yg utama dan kemudiankan yg kemudian……

25 comments:

clarabella said...

owg takot sgt kalo cite camneh..mean kawan ngn hant* neh..slalu nengok kat tvlah..hadoi..seram..seksa nak mati kan?..pastu kne transfer lak kawan tu kat sape2..bwu leh aman matinye..padahal lam kubor seksa jugak..

kirana said...

Tu la pasal, clara. Dosa kita yg lain tu pun dah cukup nak ditanggung. Ni nak tmbah lak beban yg lain. Ishhh... mintak dijauhkan la Kirana dari tabiat2 camtu. Kalau bleh elak, Kirana akan cuba elak2 kan....

amu mejie said...

manusia ni sebaik2 kejadian..tp tu la..x sedar asal usul kejadian tu..:).. encik puaka jugak nak buat kwn..haish!.. mbah dukun..

naqiubex said...

Manusia yang meminta pertolongan dari syaitan memang amat *****. Terpedaya dengan permainan psikologi syaitan yang sebenarnya kita lebih hebat daripada mereka..

tomato said...

semua pun makhlukNYA. setiap yang dicipta mesti ada sebab. hanya DIA yang maha mengetahui

NoRT said...

Allah Maha Besar...Maha Agung.....

ikan emas said...

kita kena percaya yg ada gak mahkluk tuhan yg tak nampak dimata.

Nak terguling-guling bila fikir kalu benar org yg simpan puaka ni hebat nape dia tak kaya? nape dia tak anto hantu tu letupkan israel tu? nape tak tlg polis cari sharlene atau pembunuh nurin?

piNky LuCiA said...

hmm.. nak percaya boleh. tapi jangan mintak bantuan dan berkawan dengan makhluk gitu. itu salah di sisi agama.

irbika said...

itulah manusia... sesama manusia yang nampak ni susah nak wujudkan kepercayaan! (Tapi salahnya manusia jugak suka membuat org beprangka buruk! Padan muka sendiri balik!) tapi yang ghaib tu, tak yah jumpa pun setakat dengar cerita pun org percaya... Ya betul memang ada makhluk di alam lain ini tetapi tak lah perlu sampai meletakkan nya sama tahap manusia...


p/s: suka la gambar kirana bebayang air tu! nak jugak!

buaya said...

salam ziarah..
artikel yg menarik...
hehe

http://www.buaya-merah.blogspot.com

kirana said...

Amu Mejie,
Manusia makhluk hebat tapi mudah diperdaya, kan?

Naquibex,
Org camni slalu ckp bila diorang mntak ptolongan bomoh, ia adalh slh satu cara dari mereka berusaha.. malangnya diorang jgak yg slalu slh konsep.

Tomato n Nort,
Allah maha mengetahui...

Ikan emas,
Makhlum ghaib ni mmg wujud dan spatutnya manusia lbih bijak drpda diorang. Tapi dgn mudah je makhluk ni perdayakan manusia.

Pink Lucia,
Betul tu... Jgnn kawan dgn diorang. Nanti diorang ambik kesempatan.

Irbika,
Mmg betul, padan muka manusia. Sesama sendiri pun tak betul, dgn makhluk ghaib pun tak betul.

Buaya,
Share2 info, kan?

zino said...

itu lah manusia...

Lun said...

manusia ske cari bnda2 mgarut

Kamil L said...

Itu lah kan, manusia nie selalu buat sesuatu yang pelik demi untuk mencapai keinginan dengan cepat... kekadang rasa pelik, kenapa manusia percaya dan takut kepada makhluk lain selain dari ALLAH. Sepatutnya sebagai seorang Islam, kita hanya takut dan yakin pada ALLAH, dan jgn takut kepada benda lain selain ari ALLAH..

MariaFaizal said...

Hi dear,
Sorry for my late response.My son kena campak & a lil bit occupied taking care of him.

I have to get back to reading this entry thoroughly later :(

DeeN said...

Mungkin diorang lebih percayakan makhluk itu dari kuasa Ilahi. Kunun2 boleh dapat power cam minum power root. Kan, kan, kan...

atty's said...

itu ler manusia yg cetek akal pikirannya

naurah makwa said...

betoi ler..manusia mudah percaya pada benda2 karut..

alang said...

Bagaimana pandai dan hebat akal fikiran kita, kita masih terbatas dalam ruang lingkup yang tersendiri. Jika kita cuba memikirkan lebih dari ruang lingkup maka wujudlah patung2 yang bertangan enam, anak kecil yg mempunyai sayap. Patung2 yg mempunyai keramat.. Ntah la.

Media Siber said...

seram2... :)

Ida Athanazir said...

utamakan amal ibadah... :)

Armin said...

benda yg mengarut tuh lah yg manusia suka..ishk..ishk...

Shifu67 said...

ni siri citer malam keliwon ke... bila nak main ni

eMBuN_mALaM said...

Langsung xpcaya dgn hantu... tp iblis dn syaitan mmg wujud itu pasti... tugas mereka di dun i xpernah selesai... menyesatkan anak2 adam dan umat MUHAMMAD S.A.W... hmmmmmm... tepuk dada taya selera...

kirana said...

Zino n Lun,
Percaya kene ikut logik. Kalo tak logik wat ape nak ikut!

Kamil n Deen,
Kata org2 yg taksub dgn benda2 nih, makhluk2 ni tlg diorang atas izin Allah. So, Kirana rasa...lantak korang laaa...

MariaFaizal,
Hope your son will be OK...

Atty, Naurah n Alang,
Akal dah diberi tapi dicetekkan, itu yg jadi camtu!

Ida n Armin,
Ada jgak yg solatnya cukup 5 waktu tapi otak ttap cetek jgak!

Media n Shifu,
Mmg seram tahap citer keliwon. Nanti2 Kirana akan citer kan yg seram2 lagi.

Embun,
Betul tu... Sape yg akal tak pakai, itu yg mudah kene tipu daya!