Wednesday, October 28, 2009

BAHASA KIASAN... OH ASTRO!!!









Amboiiiii.... pepagi lagi Kirana dh terima sms dari pihak ASTRO. Sowey la ASTRO woiii... Akak bukan nk mengata dan mengutuk korang! Sesaja je nak bgurau-senda di pagi yg ceria nih! Nak hiburkan hati sebenor nyer sbb wlupun skrang nih dh hjung bulan tpi kene tunggu sbulan lagi baru ada gaji.

Anyway... sms diorang bbunyi cam gini:

(setelah dialih bahasakan...) Jgn lupe tengok aksi secara langsung Arsenal lwn Tottenham Hotspur pd 31/10 (Sabtu) pkul 20:40 di ESPN channel 812.

Chewahhhhh... time kasih la korang mengingatkan akak ttg perlawanan tu yer!!! Sungguh prihatin bebenor korang nih!

Tapi.... ada skit lagi! Kat hjung sms tu berbunyi cam gini:

(setelah dialih bahasakan) Jgn lupe kemaskinikan bayaran bil anda!

Wakakakakakakakakaa...... alahai, pandai nyer korang mengenekan akak yer! Akak tau la akak ada bil tertunggak 1 bulan. Tak yah ler korang anta sms cam gitu ngan akak! Rasa mcm kene jentik2 je telinga akak nih! Nnti akak telan je kad astro tuh...padan muka akak sendiri!

Tahniah! Tahniah! Korang dh buat akak cukup tersindir. Wakakakaka... akak dh pegi bayor dh bil tertunggak akak tuh 2 jam selepas menerima sms korang!

Adehhhhh..... hai gaji! Dh tak larat akak nih!

Tuesday, October 27, 2009

THEY'RE NON-MUSLIMS, WE'RE MUSLIMS!!!















Auntie Myra (one of my favourite aunt) mceritakan pgalamannya smasa tinggal di pkmpungan org Iban (kpg suami) slama hmpir 12 thn.

Auntie bkahwin dgn Uncle Tony (berbangsa Iban) slpas tmat pengajian di universiti yg sama dan tinggal bsama ibu Uncle Tony yg sudah tua di kmpung. Manakala adek perempuan uncle yg tlh bkahwin tinggal di rumah sndiri di bndar. Namun, ibu mertua auntie amat mmahami dn myerah bulat2 kpd auntie utk mguruskan rumah itu mgikut adat dn budaya auntie. Auntie amat bsyukur dn mereka tinggal di rumah itu sehingga mdapat 2 org cahayamata.

Pda suatu hari, Irwan (anak sulungnya - 10 thun) btanya kpd ibunya, "Mummy, I saw our neighbours were drinking beer and playing cards yesterday." Auntie mjawap,"Sweetheart... they're non-muslim. So, it's ok for them to do that. But we... we're muslim and we're not allowed to do so." Irwan mgangguk2 kepala tnda faham.

Bbrapa bulan kmudian, adek kpd uncle balik ke kpg dn myatakan hasratnya utk tinggal di kpg kerana tlah bcerai dgn suaminya. Ibu mertua auntie mberi kbenaran utk mereka mbeli rumah dn bpindah jika ingin bbuat demikian mmandangkan anak perempuan dan 3 org cucu sdah ada menemaninya di kpg. Uncle mbeli rumah di kawasan perumahan dan kebanyakan jiran mereka adlah org Melayu (Islam... of course!).

Pda suatu hari, Irwan btanya pda ibunya soalan yg hampir sama. "Mummy once said tht Muslims are not allowed to drink alcohol, right?" "Yeah... why?" kata auntie kehairanan. "Well... on our way back from surau last night, daddy and I saw Pakcik Amin dan his friends drank alcohol."

"Wowwww... how to explain this to a 12 year old boy?" bisik auntie smbil mcari2 jwpan yg sesuai.

Auntie bcerita pda Kirana dgn sedih,"Dulu auntie prnah bagi tau uncle yg budaya di kpgnya tdk sesuai utk mbesarkan anak2 kami. Skrang kami dh berada di kalangan org2 Islam.... tapi anak2 ttap tdedah kpd budaya yg tak sihat."

Saturday, October 24, 2009

TAHNIAH... ABG DAH MEMENANGI PIALA PUSINGAN!














Petang Jumaat yg lepas Kirana teramat free kat ofis. So bermula la alkisah umpat-mengumpat di petang Jumaat. Astarghfirullahhhhh....

Kawan kpd Kak Nita (ofismate Kirana) iaitu Kak Sue nih bdepan dgn masalah rmhtgga. Suaminya ada skandal dgn gadis remaja yg ckup bgetah selama hampir setahun. Puas sudah Kak Sue cuba mnasihatkan suaminya agar mberhentikan perbuatannya namun dgn ego dan bangganya suaminya mjawab,"Kau pun bkn nya dpt mmenuhi nafsu aku. Kau tu dh longgar!" Setelah 8 bulan bdepan dgn masalah itu, Kak Sue pun mfailkan cerai. Suaminya dgn hepi nya mceraikannya sambil bkata,"Kau ingat aku akan mrayu2 ke agar kita tak bcerai. Aku akan kawin dgn Illa lepas bcerai dgn kau. Mjanda la kau!"

Hasil dari kesabaran Kak Sue, pda suatu hari tbongkar lh satu rahsia. Kak Sue terima sms dari sorang mamat yg mnamakan dirinya Boboy. Mnurut kata Boboy, Illa ni adalah bekas kekasihnya sbelum Illa tgila2 kn suaminya. Dan mnurut Boboy plak, Boboy adalah kekasih terakhirnya sbelum Illa tgila2 kn suaminya. Ehhhh... apa mksud mamat nih, kan? Dan rahsia itu dileraikan oleh Boboy satu persatu kpd Kak Sue.

Kak Sue simpan rahsia itu. Pada 9 Oktober yg lepas, Kak Sue mnerima kad jemputan pkahwinan dari bekas suaminya. Dlm kad itu tdpt nota tmbahan dlm bntuk tulisan tangan yg bbunyi,"Kau jgn tak dtg ke majlis aku. Aku nak kau lihat betapa cantiknya isteri baru aku." Sakit sungguh hati Kak Sue namun Kak Sue nekad utk mghadiri jgak majlis tsebut pada 11 Oktober.

Smpai di majlis tsebut, Kak Sue trus mnuju ke arah pengantin baru yg sdang bbual2 dgn tetamu yg hadir. "Hahhhh.... kau dtg jgak rupa nyer. Amacam? Isteri aku cantik, kan?" kata bekas suaminya dgn begitu smbong sekali.

Kak Sue tsenyum lebar smbil mghulurkan tangannya kpd bekas suaminya,"Tahniah! Abg dh memenangi piala pusingan." Bekas suaminya hilang senyum nya yg lebar smbil btanya,"Apa maksud kau?"

Sambil memandang wajah isteri bekas suaminya yg dh tak 'cantik' lagi,"Isteri abg tu piala pusingan bagi mat2 rempit kt kmpung sebelah kita tuh. Siapa menang mrempit, mamat tu la yg akan bawak isteri abg ni balik utk mnerima 'hadiah lumayan' mereka. Tahniah sekali lagi, bang. Cantik isteri abang!!"

Kak Sue terus beredar dari majlis itu dgn rasa cukup puashati.

Rupa-rupanya.... BOHSIA!!!

Friday, October 23, 2009

SIK BETEGOR NGAN SURO (maksud : TAK BERTEGUR DGN SURAU)...












Dua hari yg lepas, Kirana mlawat sorang kawan bukan Islam yg dimasukkan ke hospital. Dia mgalami kemalangan jalanraya kerana memandu dlm keadaan mabuk. Balik dari birthday party la tuh. Namun... cerita yg lebih tak sedap didengar adalah cerita ttg kawan kpd kawan Kirana nih (birthday boy yg menganjurkan parti nih).

Harijadi ke 27 disambut dgn meriah sekali. Ramai kengkawan hadir. Suasana yg meriah diiringi oleh muzik rancak dan makanan2 yg sedap2 belaka. Parti bmula pada pukul 8.30 mlm dan berlarutan sehingga 6.00 pagi. Sangat enjoyyyy....

Para jemputan bkn shj kekenyangan tapi kemabukan krna dijamu juga dng beer dan pelbagai jenis alkohol dibeli khas dari Labuan. Sedar tak sedar... hari dah subuh. SUBUH??? Camne tau dah subuh??? Sbb kedengaran laungan azan subuh dari surau yg berdekatan. So kawan Kirana ni pun tanye la birthday boy, "Bang... dah azan subuh dah. Tak gi sembahyang ke?" Birthday boy jawap dgn thuyung-hayang sbb mabuk,"Ehhhh.... dah lamak dah aku sik betegor ngan suro (maksud : Dah lama dah aku tak 'bertegur sapa' dgn surau)!".

Kawan Kirana tkejut besar mdengar respon dari birthday boy nih. "Walaupun aku bukan org Islam, aku plak yg tak sedap hati dengar dia kata camtu. Jahat2 aku... ade gak aku pegi church sekurang2nya 2 kali sebulan," kata kawan Kirana.

MEMALUKAN.... ITU LA ORG KITA! MENGATA DAN MENGHINA BANGSA DAN AGAMA ORG LAIN BUKAN MAIN LAGI TAPI CAKAP TAK SERUPA BIKIN. MALAH LEBIH TERUK DARI ORG LAIN.

Dan mgikut kata kawan Kirana nih, dia selalu join geng2 mabuk nih minum ke kampung2 Melayu terutamanya kampung di tepian2 sungai. Tak lak Kirana tanya sungai mane dia maksudkan tapi yg pastinya kampung org Melayu. Ada aktiviti berjudi dan minum arak.... masyaalaaahhhhhhh....... Mak bapak diorang??? Ade dlm rumah tu tapi sekarang nih kan anak lebih power dari mak bapak!!!!

Tuesday, October 20, 2009

ADEHHHH... CUTI SEKOLAH!!!












"Yeyyyyyy.... cuti sekolah!!!!" jerit pelajar dan guru sekolah.

"Adehhhhh... cuti sekolah!!!!" keluh para ibubapa pelajar.

Nape ada perbezaan mood dan reaksi?

Pelajar - boleh rehatkan otak daripada suasana pembelajaran yg formal.

Guru - boleh rehatkan otak dari mengajar dan menghadapi karenah pelajar2 yg pelbagai.

Ibubapa- TAK BOLEH nak rehatkan otak dari menghadapi karenah anak sendiri kat rumah.

Di kedai2 kopi, supermarket, market2 dan dimana2 Kirana dh mula mdengar beberapa org ibu atau bapa yg mula mengeluh kerana cuti sekolah hampir tiba. Why???

"Sapa nak jaga anak aku?"

"Sapa nak uruskan makanan dan minuman diorang kat rumah?"

"Camne nak penuhkan masa lapang diorang?"

"Pening la kepala tengok karenah diorang kat rumah nanti!"

Waktu persekolahan diorang ada baby sitter free-of-charge nak jaga anak diorang. Cuti sekolah korang urus lah sendiri. Baru korang tau susah senang nak urus anak, kan?

Byk perkara korang boleh buat. Rancang lah aktiviti harian yg bfaedah sepanjang cuti sekolah sprti kelas muzik ke, kelas melukis ke dan mcm2 ada. HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH.

Asal kan jgn rancang nak myusahkan adek-beradek atau org tua!!! Org lain pong nak cuti jgak. Tak kan korang nak bagi beban plak nak urus anak2 korang.

TAK SABAR TUNGGU CUTI SEKOLAH. SBBH NAK TENGOK KEPAYAHAN KAUM KELUARGA KIRANA URUSKAN ANAK2 DIORANG SENDIRI!!! APE AGAKNYA PLAN DIORANG YER??? NAK MYUSAHKAN KAUM KELUARGA KE???

Sunday, October 18, 2009

PERLUKAN PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH?














Soklan darjah 1 camni pong nak tanya semua org ke? Soklan senang cam gini pong nak dibincang sampai ke peringkat kebangsaan ke?

Jawapan nyer... TAK PERLU!!! Lebih baik adakan pendidikan keibubapaan utk mak bapak zaman sekarang nih. Ajor diorang mcm mane nak didik anak, bukan takat pandai buat anak je!!!

Sebab:

1. Ianya akan membebankan pelajar2 yg tpaksa mbawa byk buku teks dan mpelajari byk mata pelajaran. Buku teks yg ada skrang nih pong dh cukup mberatkan pelajar2.

2. Subjek nih boleh digabungjalinkan dan diselit2 kan dlm mata pelajaran2 yg lain. Cthnya: Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Ekonomi Rumah Tangga.

3. Ianya juga boleh disentuh secara tak langsung oleh ibubapa pelajar itu sendiri semasa mberi nasihat dan tunjuk ajar kpd anak2 semasa di rumah. Cthnya: "Bila bgaul dgn pasangan tu biar bhati2 skit nak. Kalo cam gini cam gitu, nanti jadi cam gini". Tak leh ke nak buat camtu? Susah sgt ke??

Malangnya... zaman sekarang nih, kebykan ibubapa mudah sgt lepas tangan. Semuanya diserah kpd pihak sekolah dan guru. Kalo ape2 jadi, senang je tunjuk kat guru dan salahkan pihak sekolah.

Bukan kh ibubapa adalah guru pertama kita dan mereka lah yg mberi pendidikan pertama dan mbudayakan kita dgn budaya2 yg baik sejak dari dlm perut lagi. Kalau budaya pelajar2 sekarang nih byk yg tak betul, salah siapa kalau bukan salah mak bapak diorang sendiri. Sama ada kita sedar atau tidak, itu lah hakikatnya. Ibubapa sekarang nih byk mengamalkan budaya 'bangau oh bangau'. Sikit2 nak salah org lain! Guru lah yg jadi mangsa.

Oi, cik kak! Guru kene jaga 30 - 40 org anak org. Korang kene jaga 3 - 4 org anak je. Tak kn tak mampu! Kalo buat anak 1 dozen pong korang boleh buat. Nak jaga main serah je kat cikgu. Masa korang buat anak, tak plak korang panggil cikgu sekolah jadi referi korang.

Rumusan nyer.... LU PIKIR LA SENDIRI!!! Yg pastinya, ramai pihak yg terlalu myebelahi ibubapa sehingga ibubapa pulak yg jadi kurang pendidikan keibubapaaan mereka. Mane tak kita nih ketinggalan 50 tahun di belakang dari negara2 barat. Byk sgt mbudayakan budaya 'bangau oh bangau' dan lepas tangan.

Wednesday, October 14, 2009

AKAK PUNYA MANE???















Ini cerita ofis mate Kirana petang tadi.

Ahad yg lepas suami dia ajak pegi kampung nak jenguk ayah dia yg tak sihat. Kebetulan adek2 suami (kedua-duanya perempuan) pun ada jgak kat situ.

Sambil minum2 tu, Si Ani (bukan nama sebenar) membelek-belek gelang emas kat tangan ibunya. Gelang tu ada 4, dua di setiap tangan... besor2 plak tuh! Pastu dia pun kata,"Gelang yg 2 nih nanti akak yg punya. Satu akak bagi kat Mira (anak pompuan dia)."

"Mane aci! Akak nak ambik yg besor2. Bagi sama adil la! Satu besor dan satu lagi kecik. Adek takde anak pompuan tapi boleh gak bagi kat menantu pompuan nanti!" Bertengkar2 kecil le kedua2 adek-beradek nih!

Kawan Kirana sememangnya tak bkenan sgt dgn perangai kedua2 ipar nya yg mengada-ngada nih! So, dia pun mencelah dgn berani dan lazernya,"Bila mak korang dh mati baru korang nak berbagi harta benda dia dgn adil dan saksama. Tapi apasal bila mak korang sakit, takde pon korang berbagi2 keluarkan duit utk anta mak korang pegi klinik yg terbaik. Atau pon bila mak korang mengadakan majlis kenduri, takde pon korang berbagi2 tugas utk kurangkan beban kerja mak korang. "Akak keluarkan RM50.00, adek plak RM50.00. Kita anta mak pegi klinik pakar. Or akak kupas bawang dan masak ayam, adek plak kemaskan rumah dan cuci pinggan." "Hah! Korang bagi2 la camtu. Ini tidak, asal org tua ade problem, mesti call abang bagi tau mak gini, bapak gini. Bila ada kenduri plak, mak korang call Kak Nis mintak tolong buat kerja2 dapur."

"Kalo camtu boleh lah gelang tu bagi kat Kak Nis jgak sbb Kak Nis pun ada hak jgak. Kak Nis yg byk bsusah payah tolong kurang beban mak korang." Pastu, kedua2 adek ipar tu pon tak tcakap lagi. Mak diorang pun masuk bilik. Si Anisa plak senyum sbb dh dpt mengenekan si adek ipar yg byk sgt nak bkira dgn mak bapak sendiri.

Tuesday, October 6, 2009

VANILA ADA, COKELAT ADA, STRAWBERRY ADA... MCM2 ADA..















Kirana nih suke sgt makan aiskrim especially minum 'cola float'. Kat peti ais di rumah mesti ada aiskrim dan air cola. Tengah2 minum 'cola float', cousin Kirana pon ceritakan cerita lawaknya yg berbunyi begini:

Ada sorang penjual aiskrim nih myeberang jalan yg sangat sibuk. Tengah2 myeberang, dia telah dilanggar lari oleh sebuah lori. Kesiannn.... berlumuran darah dan aiskrimnya plak btaburan di jalanraya. Ramai la org blari2 ke arahnya utk mnolong mengutip aiskrim2 tuh.

Pastu dtg plak sorang polis ke arah si pjual aiskrim tuh. "Ada ape, bang?" tanya si polis nih dgn cukup bergaya pd pjual aiskrim yg blumuran darah tuh. "Vanila ada, coklat ada, strawberry pun ada... mcm2 ada!"

Uuiiihhhh.... wakakakakaka... ahhh, tambah lagi aiskrim. Meh tambah2. Buat mcm rumah sendiri yer!!!

Monday, October 5, 2009

TAK MUNGKIN ANAK AKU...











Petang tadi singgah rumah kakak. Kakak mbebel tntang kes kat sekolah dia.

KES 1

Ada la sorang student nih kene tindakan gantung sekolah. Di antara kesalahan2 yang dibuat adalah seperti : tak buat homework, meraba rakan sekelas, ponteng sekolah, tak pakai tali leher, pakaian seragam tak kemas dan last sekali bawak pisau lipat ke sekolah. Atas semua kesalahan tu dia mdapat mata DMerit 110 mata. Tindakan : gantung sekolah selama 10 hari.

Emak budak nih dtg la ke sekolah dan bising2 la kat staffroom tu. Dia tak puashati dgn tindakan yg dikenekan ke atas anaknya. Dia kata anaknya bagi tau yg dia tak bawak pisau lipat tu ke sekolah. Anaknya kata, cikgu disiplin tuduh dia bawak sedangkan yg mbawa sbenarnya adalah kawannya. Pada hakikatnya, semasa siasatan djalankan, student tsebut telah mgaku bahawa pisau itu adalah kepunyaannya.

Emak student tu plak kata,"aku tak percaya anak aku buat semua tu. Tak mungkin dia berani buat jahat mcm tu!"

Semua guru yg kenal sesangat dgn perangai setan student tu rasa sungguh meluat.


KES 2

Sutdent nih pun kene tindakan gantung sekolah. Kesalahan : ponteng, bergaduh, berjudi, merokok di tandas sekolah dan byk lagi kesalahan2 kecil yg lain.

Bapak student ni merayu2,"Cikgu jgn la gantung sekolah anak saya. Tak ape la, biar je dia duduk je dlm kelas asalkan dia tak kacau org lain. Kalau dia kat rumah, takde org nak jaga dia. Nanti dia buat mcm2 hal pulak."

Owhhhh.... ingat cikgu2 ni baby-sitter ke? Ko sedia la RM800.00 sebulan utk bayor pbantu rumah jaga anak ko.

Tapi ape2 pon, cikgu jgak yg dipersalahkan. Kesian makbapak nih, kan? Diorang mane tau ape2 hal perangai anak2 diorang. Diorang tau buat anak je!!!

Friday, October 2, 2009

KONPIUS HAKU...... HAKU YANG PAHAM KE, ADER ORANG YANG TAK PAHAM-PAHAM!













Ini adalah petikan dari Utusan Online... meh le, kita baca ramai2... Membaca itu adalah jambatan ilmu. Ilmu tau.... bukan ilmu hitam atau ilmu sihir!!!

Indonesia mohon bantuan

JAKARTA 1 Okt. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengalu-alukan sebarang BANTUAN SEGERA DARIPADA MALAYSIA dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat.

Beliau berharap dengan SEMANGAT KERJASAMA ASEAN dan negara sahabat, mereka boleh menghulurkan bantuan seberapa segera ke kawasan yang dilanda gempa itu.

“Usaha mengendalikan keadaan bencana itu tetap di tangan kita,” kata Susilo di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di sini, hari ini. Beliau baru pulang dari lawatan kerja ke Amerika Syarikat.

Memetik laporan detikcom, Susilo dilaporkan sebagai berkata, Indonesia menghargai bantuan yang ditawarkan oleh negara-negara jiran walaupun keutamaan Indonesia mengerahkan tenaga dalam negara itu terlebih dahulu.

Katanya, ketika kejadian gempa bumi 7.2 pada skala Richter di Jawa Barat bulan lalu, pemerintah Indonesia menolak bantuan asing kerana kekuatan gempa bumi tidak begitu berat dan meluas seperti yang terjadi di Padang iaitu 7.6 pada skala Richter.

Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Joko Santoso pula berkata, beberapa negara asing sudah menawarkan bantuan untuk menghantar anggota tentera mereka untuk operasi menyelamat.

“Beberapa pasukan tentera NEGARA SAHABAT menawarkan bantuan iaitu MALAYSIA (alias MALINGSIA), Australia, Singapura dan Amerika,” katanya. – BERNAMA


BUKAN DIORANG NIE KE YANG KATA KITA NIH BANGSA PENCURI DAN PEMALAS? BANGSA MALINGSIA!!!

COMEL NYER!!!

























































Ini aksi comel anak buah Kirana di Hari Raya. Comeyyyy...... tapi manje sesangat! Tak leh jauh skit dari umi dia. Mesti nangis!

SAY NO TO 'PEMBANTU RUMAH'












Mesti kah ada pembantu rumah? Utk tujuan ape? Memasak? Mencuci? Mengemas? Membersih? Atau menjaga anak?

Malas sangat kah kita sampaikan kita mesti ada pbantu rumah? Itu gunakan anak2 dan pasangan anda. Bantu-membantu utk mgurangkan beban dan kerja2 rumah. Lagi pon, org Indonesia kata rakyat Malaysia nih mmg pemalas. Tak malu ke anda semua!

Anak? Taska dan tadika kan banyak! Hantar je kat situ. Bagi anak2 yg dh besar, hantar ke pusat tusyen. Bagi pandai2 anak2 anda tuh. Bukan bagi kene bantai oleh pembantu rumah.

Daripada anda membayar gaji pembantu rumah sebanyak RM800.00 minimum sebulan, lagi baik duit tu utk hantar anak2 pegi belajar kemahiran2 yg patut. Lagi bfaedah!

Amacam??? What say you?