Friday, October 23, 2009

SIK BETEGOR NGAN SURO (maksud : TAK BERTEGUR DGN SURAU)...












Dua hari yg lepas, Kirana mlawat sorang kawan bukan Islam yg dimasukkan ke hospital. Dia mgalami kemalangan jalanraya kerana memandu dlm keadaan mabuk. Balik dari birthday party la tuh. Namun... cerita yg lebih tak sedap didengar adalah cerita ttg kawan kpd kawan Kirana nih (birthday boy yg menganjurkan parti nih).

Harijadi ke 27 disambut dgn meriah sekali. Ramai kengkawan hadir. Suasana yg meriah diiringi oleh muzik rancak dan makanan2 yg sedap2 belaka. Parti bmula pada pukul 8.30 mlm dan berlarutan sehingga 6.00 pagi. Sangat enjoyyyy....

Para jemputan bkn shj kekenyangan tapi kemabukan krna dijamu juga dng beer dan pelbagai jenis alkohol dibeli khas dari Labuan. Sedar tak sedar... hari dah subuh. SUBUH??? Camne tau dah subuh??? Sbb kedengaran laungan azan subuh dari surau yg berdekatan. So kawan Kirana ni pun tanye la birthday boy, "Bang... dah azan subuh dah. Tak gi sembahyang ke?" Birthday boy jawap dgn thuyung-hayang sbb mabuk,"Ehhhh.... dah lamak dah aku sik betegor ngan suro (maksud : Dah lama dah aku tak 'bertegur sapa' dgn surau)!".

Kawan Kirana tkejut besar mdengar respon dari birthday boy nih. "Walaupun aku bukan org Islam, aku plak yg tak sedap hati dengar dia kata camtu. Jahat2 aku... ade gak aku pegi church sekurang2nya 2 kali sebulan," kata kawan Kirana.

MEMALUKAN.... ITU LA ORG KITA! MENGATA DAN MENGHINA BANGSA DAN AGAMA ORG LAIN BUKAN MAIN LAGI TAPI CAKAP TAK SERUPA BIKIN. MALAH LEBIH TERUK DARI ORG LAIN.

Dan mgikut kata kawan Kirana nih, dia selalu join geng2 mabuk nih minum ke kampung2 Melayu terutamanya kampung di tepian2 sungai. Tak lak Kirana tanya sungai mane dia maksudkan tapi yg pastinya kampung org Melayu. Ada aktiviti berjudi dan minum arak.... masyaalaaahhhhhhh....... Mak bapak diorang??? Ade dlm rumah tu tapi sekarang nih kan anak lebih power dari mak bapak!!!!

11 comments:

ONE ZABA said...

anak bapak...gitu la!!!

alang said...

hehe. Dunia zaman skrang. Bukankah salah satu tanda akhir zaman, manusia berbangga ketika melakukan maksiat. :D

Mesayu Kirana said...

dunia di akhir zaman...yang haram menjadi satu kebanggaan..

Ivy Metaga said...

kenak org suka minum oh, kan sendiri susah dah

adiwarnatasya said...

Aishhh...
Napalah gitu.
Nielah dunia akhir zaman...Yg mana baik,yg mana buruk,halal dan haram,berdosa atau tak pun dh tak kisah...

HappyIrfa said...

MALU MMG MALU OOO..
KENA PULAK BANGSA ASING YG TEGUR..

JT said...

erm.. kenaklah org dah salu jadi mcm ya ow...

Armin said...

mana peginya tanggungjwb mak ayah dlm soal nih??

even xpg surau sekalipon...at least perform jer lah kt umah kan..
ni langsung xhormat...
ishk..ishk...

theBluesman said...

this is the sign that the malays are getting quite sick already, something needs to be done and to start with, it's high time that we review all our past & existing actions and check whether we are really heading in the right direction.

kirana said...

OneZaba,
Gitu la nampak nyer..

Alang n Mesayu Kirana,
Mmg betol tuh! Buat jahat bangga, buat baik malu plak!

Ivy,
Bukan takat susahkan diri sndiri tapi urg lain juak!

Adiwarnatasya,
Betul (3x)... sokong!

Irfa,
Mmg sesangat malu...

JT,
Bangga daknya kedak ya...

Armin,
Mak bapak sekarang nih kan ramai yg dah hilang 'daulat'...

TheBluesMan,
Thats very true! But the resposibility is most on the parents side. They are their children first teacher. If they fail to teach... what else can the teachers in school can do?

Kamil L said...

Dunia akhir zaman, tp sepatutnya manusia akan jd lebih takut bila dunia sudah hampir ke penghujung..huhu