Monday, March 30, 2009
KIRANA NAK KAWEN....YEAH! YEAH!
"Mak, makkkkkk......," sambil Kirana meliuk-lintuk dan jari-jemari Kirana mengoyak2 kan dedaunan hijau dlm pasu mak.
"Isshhhh...... Apa gatal sgt tangan nih? Rosak tanaman bonsai mak nih!! Isshhh...." kata mak sambil menepis tangan Kirana.
"Mak...Kirana nak kawen laaa....," kata Kirana dgn sungguh takde kesopanan dan ketimuran. Macam orang gelojoh pun ada gak.
Apa lagi mak Kirana, terkekeh2 sakan, "Sapa nak amik ko jadi bini? Tak penah pun mak tgok ko bawak boyfriend ke rumah nih?"
"Hahhhhh...tak penah ke??? Betul ke tak penah??? Hilang ingatan ke aku nih??? Macam penah jerrr??? Mak tipu nih??? Aderr...penahhhh!" kata Kirana bertalu2 macam LRT.
"Sape?? Si Zai tu ke?" tnya mak smbil tangan nyer menguis2 tanah dlm pasu bunga nyer.
Kirana terkebil2 memandang mak dan mak pulak terkebil2 memandang Kirana. Ayah pulak muncul tiba2 dari belakang Kirana smbil matanya pun terkebil2 memandang Kirana. Ayah pandang mak, mak pandang Kirana dan Kirana pulak pandang ayah.
"Yeah, yeah! Anak aku nak kawen! Anak aku nak kawen!" jerit mak dan ayah sambil terkinja2 macam cacing kepanasan di tengah2 taman bunga.
Senyap2 Kirana pun masuk ke dalam rumah dan menuang secawan air teh panas. Sambil minum Kirana memandang dinding dapur seolah2 dinding itu tembus.
Tiba2 mak dan ayah dah berada tepat di depan Kirana sambil di tangan mereka masing2 memegang secawan teh panas jgak.
"Errrr...betul ke nih?" tanya ayah tak puashati.
"Apa lak tak betul nyer, ayah?" kata Kirana.
"Maksud ayah...si Zai tu ker?" tanya ayah lagi.
"Nape...tak caya?" tanya Kirana selamba.
"Tapi ayah tngok korang bedua tu macam kawan satu ofis je! Takde pun rupe org bcinta?" kata ayah masih tak puashati.
"Aaahhhh....tu la, ayah! Baru ayah tau Kirana ni anak sape! Anak ayah lerrr...." kata Kirana bangga diri.
ITU LA DIALOG2 BERSEJARAH YG SAYUP2 KEDENGARAN DI SUATU PETANG AHAD YG CERIA DAN BERMAKNA.
ISSSHHHH...NAPE? KORANG PUN TAK CAYA JGAK? BETUL LAA....
SO..KIRANA NAK OPINION SKIT DARI KORANG SEMUA.
1. KIRANA NAK PAKAI BAJU PENGANTIN CAMNE? (CHECK GAMBAR DI ATAS)
2. WARNA APE BEST?
3. TEMA MAJLIS APE YG SESUAI DGN KIRANA?
4. ERRRR....SUGGEST LE JGAK, KIRANA NAK MINTAK APE SEBAGAI SALAH SATU DARI HADIAH HANTARAN? (MACAM KEBENDAAN JE BUNYI NIH)
TOLONG LE YERRR.... JGN DOK PIKIR LAME2. KIRANA DAH TAK SABAR NAK KAWEN NIH!! YAHOOOO.......
Saturday, March 28, 2009
TOLONG AKAK, DEK......
Berkhwin dan mpunyai 3 org chyamata berumur 8 thun, 6 thun dan 6 bulan. Suami nya seorang pgawai rndah di sbuah jbtan krjaan. Manakala Kak Sal pula sorang guru sklah rndah. Smnjak sethun yg lpas suaminya berada dlm perhatian majikan dan jbtannya krana mpunyai mslah bkaitan dgn gaji. Gaji suaminya kini tinggal RM0.00.
Bgaimana ini bleh tjadi??? Ini kisahnya....
Hmpir 2 thun yg lepas, suami nya mjalinkan hbungan sulit dgn sorang wanita di pjbat yg sama. Suami nya hanyut dan mabuk cinta shingga snggup mghabis semua masa dan wang ringgitnya pda wanita itu. Selain drpa mghabis gajinya utk wanita itu, suaminya jga mgeluarkan setiap sen yg ada dlm simpanan utk ditabur pda wanita itu. Sehinggalah ke tahap mmnjam wang pada bank dan jga 'along'. Dia ckup bijaksana dlm mnipu bkaitan dokumen2 smsa mbuat pmnjam dari 2 buah bank. Ahkirnya tjebak jga dgn 'along'.
Kerana bmbang akan kslamatan diri dan anak2, Kak Sal sdaya upaya mbantu suaminya mlangsaikan hutang2 pda 'along'. Kereta Toyota Innova kbanggaannya tlah digadai tmasuknya brg2 kemas yg dibeli hasil dri titik peluhnya sndiri. Wang simpanannya dan anak2 tlah dikikis hbis utk mlunaskan semua hutang2 suaminya. Skrang Kak Sal hnya ada sbuah motosikal yg dipjamkan oleh abgnya utk pergi berulang-alik kerja. Nasib Kak Sal masih ada sorang ibu yg snggup mbantu mjaga anak2 nya yg sbelum ini dhntar ke nursery, namun tiada kmampuan utk semua itu lagi.
Suaminya hnya umpama 'bangkai bernyawa' yg makan minum nya ditanggung oleh isteri. Keperluan harian dan minyak motosikal jga ditanggung oleh Kak Sal. Namun semua itu tidak mberi kesedaran pda dirinya. Rupa2 nya dia masih lagi mnyambung hbungan dgn wanita itu. Bayangkan...dia mbelanjakan wanita itu mggunakan wang isterinya.
Paling pedih hati Kak Sal bila minggu lepas, katanya, suaminya myatakan hasratnya utk mgahwini wanita itu. Kak Sal pitam dan sakit selama bberapa hari. Ibunya lah yg mguruskan anak2nya. Manakala suaminya pula berada di rumah sewa wanita itu...hanyut dlm zina. Bila Kirana tnya mgapa tidak minta diceraikan saja (mmg kejam soalan Kirana tpi Kirana tdk dpt mnahan sakit hati Kirana di atas prbuatan suaminya), Kak Sal hnya bdiam diri shja.
"Kirana....tolong akak, dek. Akak dh tak tau nak buat ape lgi. Akak kesian tengok anak2 akak. Mreka masih kecil lagi. Kalau kami bercerai mereka akan mbesar tnpa sorang ayah," itu saja yg mampu keluar dari mulut Kak Sal.
"Apa yg Kirana bleh tolong??? Hnya Kak Sal saja yg boleh menamatkan kisah sedih hidupnya ini....," bisik hati Kirana.
Friday, March 27, 2009
PERADUAN MENEKA ‘GADGET HARIAN KIRANA’
Syarat2 penyertaan adalah spti berikut:
1. Peserta hndaklah warganegara Malaysia (utk memudahkan urusan pengeposan hadiah misteri kpd pemenang)
2. Umur mesti 7 tahun ke atas (sbb yg umo bawah dari tu mane reti wat teka-teki nih)
3. Jantina, bangsa, agama, keturunan dan asal-usul – tak kira, sesape pong boley! (Kirana kan warga Malaysia yg paling muhibbah di dunia)
4. Kelayakan akademik – cukup le sekadar korang ade basic 3M (membaca, menulis dan mengira)
5. Pengalaman – tak yah yang ni! Korang bantai je jawapan tuh!
6. Jumlah perkataan – selagi nyawa dikandung badan, korang tulis le ape2 yg patut
7. Pakaian semasa menjawap peraduan – pakaian formal dan rasmi Malaysia (bebaju tido, takleh… pakai makeup cantik2 bgi yg pompuan)
8. Yuran penyertaaan – idea korang yg bernas tu le nilai nyer
9. Bahasa yg digunakan – sukati korang…Kirana wat2 paham je!
10. Kebenaran ibubapa – eeeehhhh….yg ni mesti. Kene mintak jgak. Takde kbnaran takleh ikut peraduan kirana. Ape2 hal sape nak tgungjawab, kan???
Tugas korang adlah mberi jawapan berdasarkan gambar2 yg disertakan mengikut susunan gambar2 tsebut. Alaaa....kacang jer nih!
Thursday, March 26, 2009
CIKGU TAK KHATAM2....
Petang tadi kirana and the geng gi makan kat kfc. Jmpe le member lama (cikgu). Sambil makan2 dia pun cerita la pengalaman dia kene marah dek pengetua dia semalam.
"Cikgu ni mengajar betul2 ke saja nak melambat-lambatkan pengajaran cikgu ttg tajuk nih?" soal pengetua.
"Ini tajuk asas cikgu, saya kene ajar betul2 spya budak2 faham. Lagipun diorang minat dgn tajuk nih!" kata kawan kirana yg nmpak innocent sgt nih.
"Alaaa...saya perhatikan dlm rncangan pgajaran cikgu, cikgu dh ajar tajuk ni lebih dari 3 bulan. Tak kan tak khatam2 lagi?"
Nak tau tajuk ape yg pengetua dia mengamuk sesangat tu???
HUMAN REPRODUCTION SYSTEM (tentang sistem pembiakan manusia...yg anu2 tu!!!). Apa lagi...kirana and the geng pun ketawa mengilai2 smpai semua org kat kfc tu jeling2 semcm je..
"Yg ko pi ajar tajuk tu smpai 3 bulan tak abis2 ape kehei nye?" tnya kirana smbil ketawa.
"Alaa....aku skolah dulu cikgu aku tak ajar pun tajuk ni betul2. Dah 3 org dah anak aku, baru aku tau ttg detail benda2 ni semua termasuklah bila isteri aku paling subur. Rasa rugi pulak tak tau hal menda2 nih," kata cikgu ni selamba jerrr...
Adoiiii....smpai sakit perut kirana ketawakan si kawan cikgu kirana ni... Budak2 yg minat ke dia yg minat sesgat nak tau!! Hampeh tol!!!!
KIRANA HILANG SEMINGGU!!!
Baru lah hilang rasa rindu,
Sekarang kirana datang menjelma,
Setelah kirana hilang seminggu.
Tapi kirana tak pegi mane2 pun. Nak kata busy tak le jgak tapi ade2 aktiviti yg mghalang kirana dari mengadap laptop ni. Hari Jumaat lepas last entri kirana, kirana balik kmpung jap. Jnguk nenek yg tak sihat. Tapi kirana pulak yg nak pitam, sbb jmpa nih kat bilik anak buah. Koleksi pakaian hitam in kaler. Ini baru yg disangkut kt luar almari, yg dlm almari penuh dgn itam. Apa la diorang semua nih...
The next day, mghadiri majlis penutupan seminar budaya melayu sarawak ke-5 di dewan undangan negeri sarawak. Yg paling seronok bila myaksi persembahan silat oleh pesilat2 kecil yg berusia 5 - 12 tahun. Comeyy sesangat!!!
Hari Ahad, pegi ke serikin. Sebuah penempatan di sempadan indonesia. Apa lagi...membeli-belah le!!1 Beli apa??? Mcm2 kirana beli. Beli table runner utk hari raya, beli telekung utk mak, beli gelang batu mata harimau (tah betul ke idak - kirana ni mudah sgt kene tipu bab ni). Pastu beli blouse ala2 indonesia. Yg best nyer konon2 nak beli gelang emas indonesia...tapi tawar-menawar kat pakcik tu sampai mintak RM5.00. Pakcik tu kata, "baik pakcik balik kpg je kalo camni!!"
Hari Isnin, sick-leave sbb kene gastrik yg teramat sgt. Makan dh cukup tpi gastrik plak. Ntah ape2!
Hari Selasa, sakit gigi... Makan ubat sakit gigi tapi timbul gastrik lagi. Sick leave lagiii... (seronok gak sebenar nyer).
Hari Rabu, sakit gigi lagi... eeeee...geram nyer. Menangis menahan kesakitan. Malam tu tunggu apa lagi, gi klinik gigi. Mintak dktor tu tampalkan lubang kt gigi. Dentist kata takleh tmpal sbb dh rosak. Kene cabut! Aduiiii...bila dentist injek gusi kirana, rasa mcm nak tercabut gagang kerusi tu kirana genggam. Pastu sibuk2 tnye dentist tu ttg dental implant. Klinik dia takde wat implant....
Hari Khamis...byk keje2 tertunggak dh dpt disiapkan, so kirana pn mula le mgadap laptop. Gatal tgan nak post entri nihhh...tunggu yerrr!!!!
Thursday, March 19, 2009
OBSES PADA WARNA
Pada suatu hari, Kirana yg penuh dgn persoalan2 ni pun btanya lh pada si mamat itam nih. "Errrr...yg dalam2 tu itam jgak ke???" tnya Kirana dgn perasaan yg sungguh malu.
"Wakakakakaka...nak tau jgak ke?" tnya si mamat ni smbil tsengih2 dgn sungguh tak senonoh. Kirana yg sungguh pemalu dan sopan santun ni pun beredar la dari meja si mamat itam nih. "Akak!! Kaler itam jgak la. Semua nye itam...habis2 itam!" jerit si mamat itam ni bila mlihat Kirana beredar dari meja nya.
"Padan muka kau Kirana! Terhegeh2 nak tanya!" bisik hati Kirana marahkan diri sndiri. Tapi mmg betul tau, design je berbeza tapi kaler ttap itam.
Pada suatu hari lagi, si mamat nih pulak yg dtg kat meja Kirana. "Akak...boleh tnye skit?" smbil tsengih2.
"Bayar deposit dulu, baru bleh tnye!!!" kata Kirana dgn selamba smbil jari-jemarinya yg halus dan lembut (pakai johnson baby oil leerrr) mengetuk huruf2 pada laptopnya (wat keje tu, bukan tulis entri blog tau).
"Ala..jgn la camtu akak" smbil jari2 nya pula menganggu harta benda kat meja Kirana.
"Akak, akak!!! Bila kita jadi adik-beradik?? Nak tanye ape?" kta Kirana penuh dgn lakonan.
"Penah ke pengantin pakai baju pengantin kaler itam?" smbil matanya tkebil2 mmandang Kirana.
"Wakakakakaka...." Kirana gelak smpai tertumpah air nescafe 3 in 1 yg baru je Kirana hirup sekali.
Si mamat tu pun beredar dri meja Kirana smbil mulutnya mbebel2.
"Hahhh..padan muka ko. Ari tu ko ketawa kan aku!!" bisik Kirana dgn puashati.
"Tak penah akak jmpa pngantin pakai kaler itam, dik. Nanti dikerumuni oleh nyamuk le ko!" jerit Kirana pulak bila si mamat tu beredar dari meja Kirana.
"Malang sungguh pompuan yg jadi isteri ko tu. Nmpak gayanya akan dihitamkan oleh si suami yg sewel kaler nih. Nasib baik tak guna ilmu hitam. Issshhhhh....seram!!!"
Wednesday, March 18, 2009
WINDOW SHOPPING DI INDIA STREET
Kirana pun trus kluar dri Fah Company dan jln2 berwindow shopping. Smpai kat satu kedai baju, Kirana trus msuk smbil mlihat2 kalo2 ada yg tkenan di hati. Tiba2 Kirana tdengar satu suara....
Ingat kan ada org bgaduh, rupa2 nya ada sorang pkerja wanita kt kedai tu dserang sawan. Isshhhhh....Kirana rasa seram dngar bunyi dia mengerang, Kirana pun berundur keluar dari kedai tu. Dngar2 tokey kedai dh pun call ambulans. So Kirana pun sibuk2 la mnunggu kt depan kedai tu.
Dlm masa 10 minit ambulans pun dtg la..ninow ...ninow ...ninowww
Keluar 2 org pbantu prubatan mbawa stretcher. Apalagi Kirana, trus standby dgn handphone sony ericsson k660i nyer yg tak sbrapa mahal..terus ambil gambar btalu2. Rasa mcm reporter TV3 lak...eheheheheh!
Pastu tngiang2 dan sayup2 je kt telinga Kirana, ada mamat sorang ni kata, "tu pun nak amik gambar". Dlm hati Kirana je(sbb takut nak jawab), "suka ati aku la...handpon aku bukan handpon nenek ko!" uuuiiiihhhhh dgn marahnya Kirana pun beredar dari tempat kejadian.
Sekian saja, Kirana melaporkan...TKL!
Tuesday, March 17, 2009
KHASIAT BAWANG PUTIH
Khasiat2 bawang putih:
1. baik utk peredaran darah
2. menurunkan kadar kolestrol, diabetes dan darah tinggi
3. menyihatkan jantung
4. menguatkan sistem ketahanan dan kekebalan bdn dri serangan plbgai pyakit
5. meningkatkan stamina
6. menambahkan ghairah seksual
7. melawan flu
8. mengurangkan risiko kanser
9. menghilangkan insomnia
10. mengurangkan sembelit
11. mengawal diabetes
12. melangsingkan tubuh
13. mengurangkan gangguan menopos
14. mengatasi jangkitan pada usus, saluran pernafasan, kulit serta luka2
15. sebagai ubat batuk dan ubat cacing
16. menghilangkan gatal-gatal
17. untuk awet muda dan melambatkan proses penuaan
18. menguatkan otot-otot badan
19. melambat kemerosotan otak
20. membantu mencegah penggumpalan darah
21. meredakan stress dan depresi
22. meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes
23. bermanfaat sebagai penawar racun
24. membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah
Ada org kata kalau seseorang itu termakan 'barang' orang atau santau...makan seulas bawang putih pagi dan seulas malam. Kalau lepas makan, korang termuntah2, lagi elok. Lagi cepat korang sembuh dari santau. Tak tau le Kirana kesahihan yg ini. Korang tanye la mana2 dukun yg korang kenal, contohnya dukunlintah!
KPG BAKO - kampung nelayan
Kpg tu di seberang sungai...so guna sampan le ke situ. Nampak tak kpg kat seberang tuh! Tu la Kpg Bako - yg terkenal dgn belacan dan cencaluk nya. Tapi sampan bukan lah satu2 nyer transportation ke situ. Sbb takde jalanraya ke kpg, semua kereta parking kt seberang sungai je di parking lot dan garaj yg disediakan.
Nak ke rumah kpg kene ikut titi yg kecik2. Alahai....kus semangat!!! Akak sabor je la...jalan2 selow2!! Ni air tengah surut...kalo air pasang, ntah Kirana berani tak lalu kat titi nih. Rasa nak berlari keluar jantung Kirana. Dup..dap..dup..dap!
Walaupun kpg nelayan tapi tengok la tuh, siap ada parabola lagi. Astro takyah cakap le, mmg berlambak2.
Dlm byk2 rumah kpg ni, ada 1 rumah...mak oiiiii....cantik sesungguh. "Ni rumah nelayan ke?" bisik hati Kirana dgn perasaan yg kagum. Tak clear sgt sbb hari dh malam...sungguh cantik!
Tak jauh dri kpg ni adalah taman negara yg dipanggil Taman Negara Bako. Zaman sekolah dulu penah pegi. Kat situ ader byk monyet dan babi utan. Takut la jgak... Masa tu habis makanan kat kitchen disamun dek monyet2 betuah tu. Pastu relek2 je diaorang duduk atas pokok makan makanan kami yg diorang curi. Terkebil2 je mata diaorang melihat kami yg terkebil2 bijik mata menahan air liur melihat mereka melahap makanan tu! Celaka punya monyet!
Kirana lupe nak cerita. Pasal makan...my favourite! Tuan rumah hidangkan makanan yg sedap2 utk kirana. Di antara menu yg dihidangkan adalah:
1. nasi beras kampung (merah)
2. cencaluk Bako
3. ikan kukus (tak tau la pulak nama ikan tu...tak sempat berkenalan)
4. umai ikan
5. udang segar rebus
6. ikan lumek goreng
Sori la..takde gambar makanan nak ditunjukkan sbb sibuk sgt makan smpai lupa nak amik gmbar. Mesti korang tertanya2 mcm mane rupe ikan lumek goreng. Sedappppp!!! Sehingga menjilat jari dan siku. Len kali kalo ada menu ikan lumek goreng ni, Kirana akan amik gambar utk dipertontonkan pada korang. OK???
Monday, March 16, 2009
SINDROM PENAT KRONIK (SPK)
SPK adalah merupakan satu keadaan dimana seseorang itu akan berasa letih tanpa sebab atau sentiasa berasa letih. Keletihan melampau ini akan mengganggu pembelajaran atau kerja serta tidak boleh diatasi dengan berehat. Patut ler bila letih, Kirana bawak2 tido pun masih takde efek!
SPK kebiasaannya menyerang mereka yang telah lanjut usia (yg ni Kirana blom sampai ke level yg disebutkan) dan golongan perempuan berbanding lelaki.
20 gejala SPK:
1. Kegemukan atau berat badan berlebihan
2. Tekanan darah tinggi
3. Kandungan lemak tinggi
4. Hati berminyak
5. Tekanan fungsi seks
6. Kesukaran untuk konsentrasi atau kurang memori - simptom Kirana
7. Tekanan - ni 1 lagi simptom
8. Hilang selera makan - ni takde dlm senarai simptom Kirana
9. Insomnia - yg ni ade!
10. Mudah pening/Tinnitus (telinga berdering)
11. Pening kepala - ni slalu sgt2
12. Gemar menghisap rokok, minum arak dan makan makanan pedas
13. Sembelit
14. Cirit-birit
15. Pigmentasi muka
16. Perut rasa kembung
17. Rasa penat dan lesu yang keterlaluan - ni pun ader!!
18. Rasa bosan dan letih - ni lagi le ader!!
19. Sakit dan lesu seluruh badan - pun ader!!
20. Keguguran rambut - isshhh...ader jgak!
Anda tidak dibenarkan mengambil makanan berikut:
1. Sebarang minuman beralkohol
2. Susu, coklat, keju dan lain-lain produk tenusu
3. Gula pasir
4. Makanan berminyak
Korang check2 le diri korang tu! Ada ke simptom2 di atas. Kalo ade kene hati2 skit. Mntak nasihat doktor...tapi bukan doktor yg mcm Kirana pegi tempoh hari. Dktor tu dah buat Kirana jadi lebih kronik lagi. Sehari dua ni Kirana bkan takat tak sihat je...tapi rasa mcm tak betul!!!!
Thursday, March 12, 2009
OTAK KU TAK CUKUP HANGEN
"Sakit ape?" tnya doktor smbil mata nye terkebil2 memandang wajah Kirana.
"Issshhh...ade ke dia tanya aku sakit ape? Aku doktor ke dia doktor? bisik hati kecil Kirana.
"Eerrrr...camni doktor. Saya ni mudah sgt mgantok. Asyik ternguap2 je smpai bagai nak jem dh rahang nih!" kata Kirana dgn nada yg lemah.
Doktor tu tsenyum semcm je.. "Doktor ni perli aku ke ape?" soal Kirana yg konpius.
"Tido malam ok tak?" tnya dktor lagi.
"OK, ape! Letak je kepala kt bantal trus on. Bukak2 je mata hari dh siang." kata Kirana lagi.
"Tido pukul brape?" kata dktor smbil menulis2 ntah ape2 yg ditulisnya.
"Errr...tak tentu dktor. Tapi di antara pkul 10 - 12 malam," kata Kirana lagi dan lagi.
"Exercise ade?" tanya dktor smbil masih tunduk menulis.
"Errr...eheheheh..exercise jari selalu la, bila post entri byk2 kat blog. Tapi part kaki, badan dan tangan ni...kureng skit." jwp Kirana selamba.
"Umo cik brape?" tnya dktor tu lagi selamba.
"Issshhh...main tnye2 umo lak. Nape? Ko bekenan kat aku ke? Ni bab sensitip ni tau!" bentak hati Kirana.
"Eeerrr...umo saya ..tttuuuuuuutttt tahun," dgn nada yg halus smbil menjeling kiri dan kanan. Rahsia le kata kan!
"Aaaaaa....umo mcm cik ni mesti slalu exercise tau. Mcm ni lah, cik cuba amal kan snaman pernafasan. Baik utk cik. Aaaa...mcm nih!"
Doktor tu pun wat le lawak2 bodo nyer mendemokan senaman pernafasan kt Kirana. Yg Kirana lak pong bodo smcm jadi penonton si doktor tu.
"Aaaa...camni lah. Senang je. Wat selama 20 minit satu sesi. Setiap hari wat 3 sesi...pagi, petang dan malam. Cik ni sebenor nya ade masalah kurang oksigen dlm otak." kata dktor yg dari tadi Kirana dh meragui kepakarannya.
"Haahhhh...ko ni dktor ke pengkritik. Nak jadi pengkritik pi masuk Akademi Fantasia tuh! Memandai je kata otak aku tak cukup hangen. Kepala hotak hang!" bentak Kirana yg sensitip dan ckp tak puas ati dgn komen2 nyer.
“Camne leh jadi camtu doktor?” tnya Kirana dgn serius.
“Yg pertamanya, mgkin cara cik bernafas tak betul.” jawap doktor dgn bangga krna dpt mgkritik Kirana lagi.
“Ehh…tak penah lak aku rasa aku bernafas tak betul.” bisik Kirana lagi.
“Bernafas ni ade cara nyer. Bila bernafas tu tarik nafas pelan2 dan dalam2. Hembus habis2. Mcm yg saya tunjuk tadi tu! Kalo ade masalah ape2, cik dtg je lagi. Anyway, saya bagi cik vitamin D utk kecergasan. OK!” kata doktor dgn berpuas hati sbb dh berjaya merawat pesakitnya yg hamper mental disebb
“Kalo ade ape2??? Ade…memang ade. Ko yg tak bernafas aku buatkan nanti!” bentak kati Kirana yg cukup panas.
“Tu je ke doctor?” tnya Kirana dgn nada yg sinis.
“Aaa…aaa…tu je. Tima kasih!” jwp doctor dgn senyuman yg dh tak menawan lagi.
“Baik aku gi jumpa nenek aku je mintak nasihat,” bantah hati Kirana dari tadi.
Bila Kirana keluar dari bilik tu, Kirana menoleh. Si doktor tu tersengih2 je kat Kirana. Nyampah!!!!
Yg kat ni gambar Kirana sedang menunggu nama dipanggil masuk...tapi sebenornya nak tunjuk kan kasut yg Kirana baru beli minggu lepas.
Tuesday, March 10, 2009
SIAPA KATA SARAWAK......???
Ada org kata...org Swak tinggal kat atas pokok? Uiihhh... lazer sesgt mulot org tuh!!! Sini ko, Kirana cili kan mulot tuh!! Nah ambik ko...ko tengok gambo rumah kat sebelah tu. Berlambak2 rumah mcm ni kat Kuching, Swak.
Ada jgak yg bagi ucapan mcm nih kat org Swak bila dia dtg ke Semenanjung Malaysia, "Selamat dtg ke Malaysia. Bila cik sampai ke Malaysia? Naik ape?" Korang tengok yg kaler hijau tu...tu le Swak, salah satu dari negeri di Malaysia.
Org Swak pakai baju camni...cawat jerr!!! Uiiihhh....bagi malu adik angkat mak tiri kepada nenek kirana tol! Yg tu baju kaum, kak! Nih...kat sblah ni, bebaju kurung cantik dan ayu. Seluar jin pun kami org kebas semua...dah bugil dah semua jin2 yg ada. Rumah pong cantik dihias dgn kreatif.
Satu2 nya transportation yg org Swak guna ialah perahu or sampan. Elehhh...korang jalan le kat jalanraya di Swak. Boleh mati katak kena langgar dek kereta yg pelbagai jenis.
Sori lerr...kalo ader yg terkecik ati baca entri kirana yg emosi nih. Bukan ape...ada kawan yg bagi tau menda2 nih kat Kirana. Kirana plak yg terkecik ati bila org tak kenal dgn Sarawakian ni. Ini pun atas permintaan my best friend dari Johor. Dia yg mntak Kirana tulis menda2 ni kat blog. "U promo le ttg Swak kat blog u," ujar si kawan ku yg tersengih2 dan terasak2.
"Aok lah," jawab Kirana dgn seringkas2 jwpan yg ternyata takde mood.
Walaubagaimanapun, Kirana ni la satu2 nyer org Malaysia yg cukup muhibbah. Kawan tak pilih siapa, dari mane, anak siape, kaya ke idak! Sampai ke ati korang nak bagi Kirana sedih dgn kenyataan2 mcm ni.....???
Masih tak caya jgak? Korang dtg le sendiri dan lihat pembangunan yg ade di Swak.
Monday, March 9, 2009
AKTIVITI SEMALAM DAN HARI INI...
Nampak kain nih? Ini la projek kirana selama 2 hari berturut2. Macam terer nampak!!! Memang terer pun...(masuk bakul angkat sendiri). Apeee...korang ingat kirana tak reti buat??? Tengok siku dulu, kak oi!!....
Ni diaaa.....dah siap dah! 2 pasang kirana buat. Ehhhh...tak caya lagi! Amboi, amboi, jangan wat fitnah! Memang tol baju nih kirana yg buat.
Terer, kan? kan? kan?... Tak caya lagi..ahhhh, tak caya sudah. Yg penting kirana dah siapkan tempahan yg 2 pasang nih.
Monday, March 2, 2009
AKTIVITI HARI INI
Terus gi dapur...aus! "Teh c peng satu!!!" Nyelin mak kmk. "Molah aik sendirik. Nah nescafe 3 in 1". Kejam nar urang tok. Duduk sambil merenung bunga atas meja makan. Nok carik idea...masih lom timbol2 gik. Tilit di bah meja sik juak ada idea. Mak kmk eran nanga olah kmk. "Oooiiii...buang tebiat kah?" katanya.
Angkut cangkir ke luar, duduk di beranda. Temenung di kerusi antik sambil negong jiran sebelah mengumpat. "Issshhhh....sik pedah nar nengar cita urang ngumpat. Pandei rasa nok nampong indah urang tua ya ngumpat. Dah lah ngumpat dak jiran rah belakang ya!" "Ehhhh...ngeso jak. Sofa sik mahal ney dibelinya," kata makcik timot.
Lalu begerak ke tepi rumah. "Bagus nanga ikan berenang madi nengar urang tua ngumpat". Rindok nanga ikan berenang, seolah2 sik ada problem jak daknya berpusin2 dlm aik ya. Puas2 nanga ikan, makin khayal mata. Nang sik dpt di tahan2 gik.
Finally...the end of the story...."krooohhh...krroooohhhh....zzzzzzzz!"
ADA SAMBUNGAN PART 2......channel yg sama, minggu yg sama, hari dan masa jak sik sama. Nunggu utak tok cair sikit.
Sunday, March 1, 2009
TEKA-TEKI HANGAT LAGI!!!!
TEKA-TEKI HANGAT
Dalam ramai2 orang, orang yang mana la tak kisah langsung pasal duit, harta, pangkat dan POLITIK lebih2 lagi. Bagi tau kirana kalo terer!!!
LEMBU dan KAMBING HITAM sudah pandai main politik. Sungguh tak ku sangka, kirana tak tau menau sikit pun hal2 politik nihh!
Eehhhh....jawap teka-teki, jgn memandai nak main politik pulak! Jom.....
GUNUNG BERAPI
Tetapi......mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah anda tidak akan aktif langsung sekiranya bil elektrik tidak dibayar selama 3 bulan. Wakakakaka....pandai nyer ahli gunung nih yerr!!! Rasa mcm tekena pelangkung je kepala nihhh!!!
MAGNET
Walaubagaimana pun, orang yg diupah utk menarik kereta yg dah berbulan-bulan tidak dibayar tu tak lah pulak boleh dipanggil magnet ataupun besi berani, walaupun tugas mereka menarik kereta dgn begitu berani sekali.
Issshhhh....pening kepalo den memikir kan nyer!!!